Sunday, February 15, 2009

PLUS - Lorong Tambah Nilai Bermesin

16 Februari 2009

Hampir seminggu PLUS menggunakan mesin untuk lorong TAMBAH NILAI. Saya sebagai pengguna aktif PLUS yang menggunakan highway setiap hari pergi dan balik agak kesal dengan sikap PLUS yang menutup lorong TAMBAH NILAI tanpa sebarang pengumuman.

Agak menyedihkan lagi dengan menggunakan mesin tersebut, pengguna akan dikenakan bayaran sebanyak 50 sen sebagai caj perkhidmatan. Bagi mereka yang tidak begitu mahir dengan penggunaan mesin terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat penambahan nilai.

Wajarkah caj perkhidmatan tersebut dikenakan kepada pengguna sedangkan pengguna terpaksa menggunakan mesin untuk menambah nilai tanpa bantuan pekerja plus?

Plus seharusnya peka dan perihatin kepada penggunanya.

Dengan pemberian diskaun 10 peratus kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE oleh syarikat PLUS Expressways Berhad 18 November lalu tetap membebankan pengguna jalanraya.

Diskaun tersebut tidak realistik memandangkan kebanyakan pengguna jalan raya bergerak pada waktu siang.

November lalu juga, syarikat PLUS Expressways Berhad turut memberi rebet 5 peratus untuk pengguna yang hanya menggunakan Touch N' Go dan Smart Tag minima RM200 setiap bulan. Ini beerti pemberian rebet tertumpu kepada mereka yang menggunakan Touch N' Go dan Smart Tag.

Walaupun plus cuba menarik hati pelanggan secara memberi rebet 5 peratus, namun ianya adalah pemberian yang tidak ikhlas dari syarikat tersebut.